Rabu, 19 Jun 2013

Taman Safari, Puncak Bogor

Indonesia mempunyai dua Taman Safari, iaitu Taman Safari di Cisarua, Jalan Puncak, Bogor dan Taman Safari II di Prigen, Malang, Surabaya. Di sini para pengunjung boleh menyaksikan binatang jinak dan buas dibiarkan lepas bebas seperti di tempat habitat semulajadinya. Taman Safari Cisarua, Bogor berada dalam hutan belantara yang menghijau dan sejuk di lereng Gunung Pangrango di ketinggian 900 - 1800 meter dari aras laut dengan suhu 16-24 darjah celsius. Taman Safari mula dibangunkan pada tahun 1980 di sebuah perkebunan teh yang terbiar. Taman Safari lebih berkonsepkan pelancongan keluarga, di samping melihat pelbagai jenis binatang dan unggas dari serata dunia, Taman Safari juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan tarikan seperti bus safari, danau buatan, speda air, kano, kolam renang berombak, keretapi mini yang melintasi perkampungan ala Afrika, taman burung, baby zoo, kincir raksaksa, gajah tunggang, komedi putar, pentas sarkas, go cart, dan banyak lagi. Di samping itu terdapat kemudahan restoran dan kedai cenderamata. Taman Safari beroperasi dari jam 9.00agi hingga 5.00ptg.
 
15 Mei 2013, jam 8.30 pagi, bertolak dari Gunung Geulis Cottage, iaitu tempat penginapan, saya dan Adlina  dengan dibawa oleh pemandu kami Pak Haris menuju ke Taman Safari. Pada jam 9.00 pagi kami sampai , berhenti sekejap beli lobak merah di gerai yang banyak terdapat di kiri kanan sebelum masuk pintu tiket Taman Safari, kami beli lima ikat karot dengan harga Rp 20,000 untuk diberi kepada binatang2 yang ada dalam Safari. Seterusnya kami beli tiket iaitu Rp140,000 utk seorang dewasa tempatan, Rp 400,000 untuk 2 orang foreignor dan Rp15,000 untuk kereta., jumlah keseluruhannya ialah Rp555,000.
 
 
 
 
 
 
 










































































Melawat Taman Safari merupakan satu pengalaman yang amat menyeronokkan, relaks dan tidak memenatkan kerana kita tidak perlu menggunakan tenaga untuk berjalan atau bergerak, cuma duduk sahaja dalam kereta, berhampiran tingkap, apa yang perlu kita lakukan ialah menghulurkan lobak merah kepada binatang2 jinak yang datang menghampiri kereta yang kita naiki. Perlu diingat, sekiranya kita menaiki bas, pengalaman seperti ini tidak dapati kita rasai kerana bas terlalu tinggi dan tingkap bas tidak boleh dibuka. Dari apa yang saya alami, dan agak kelakar juga, bahawa binatang2 di sini sudah pandai, dari jauh kita sudah nampak binatang seperi kuda belang, rusa, pelandok sudah stand by di tepi jalan kerana hendakkan makanan. Tetapi apabila kita memasuki kawasan binatang liar seperti harimau, singa, beruang, kita dilarang membuka tingkap kereta, kita hanya menyaksikan tingkahlaku binatang ini dari dalam kereta dengan cermin bertutup rapat. Keadaan persekitaran yang cantik, asli dan dingin menjadikan kunjungan kita ke Taman Safari begitu menyeronokkan, tambahan pula ada tempat2 tertentu terdapat sungai yang mengalir melintasi jalan raya dan kereta merempuh kawasan ini, dan terdapat pula di beberapa tempat ada air terjun. Dari pengalaman saya, boleh simpulkan bahawa Taman Safari adalah salah satu tempat pelancongan yang patut dikunjungi oleh setiap pelancong yang datang ke Jakarta, Bogor atau Bandung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan