Bukit Gantole atau Bukit Paralayang terletak di Puncak iaitu berhampiran dengan mesjid Atta'awun. Tempat ini menjadi tumpuan kepada peminat sukan lasak paralayang, ramai juga yang datang ke sini semata-mata untuk melihat keindahan permukaan bumi Puncak yang bergunung ganang dan menghijau oleh ladang teh yang terhampar menutupi bumi. Disebabkan lokasinya ditempat yang tinggi maka pemandangan yang luas terbentang dapat dinikmati. Untuk sampai ke puncak bukit Gantole ini tidaklah sukar dan memenatkan kerana mempunyai jalan yang baik dan kenderaan boleh sampai ke atas. Untuk masuk ke sini dikenakan bayaran Rp 5,000 seorang.
15 Mei 2013 pada jam 3.30 ptg kami ke Bukit Gantole setelah menyempurnakan solat jama' Zohor-Asar di mesjid Atta'awun. Setelah membeli tiket, kenderaan kami dibenarkan masuk menuju atas bukit, kami keluar dari kereta tetapi Pak Haris turun semula untuk mencari tempat letak kereta, ketika itu terlalu banyak kereta. Di atas bukit Gantole terdapat banyak kedai makan dan cenderamata. Untuk menyaksikan paralayang kami perlu naik lagi ke atas puncak bukit dengan melalui tangga yang telah sedia ada kerana di atas puncak bukit terdapat landasan pacu bagi paralayang.
Kami menyaksikan cara bagaimana paracut paralayang dibentangkan di atas landasan pacu, seorang jurupandu membantu mengikat dan mengunci tali paracut pada diri peserta paralayang, peserta berada pada kedudukan di hadapan, kemudian jurupandu pula mengambil tempat di belakang dan mengikat serta mengunci tali paracut pada dirinya, setelah berpuashati dengan aspek keselamatan, kedua-dua mereka berjalan pantas seterusnya berlari-lari kehadapan menuju bibir landasan pacu, semasa mereka bergerak ke hadapan, tali paracut menjadi tegang menyebabkan paracut kembang dan terangkat ke atas dan pada ketika itulah peserta paralayang dan jurupandunya terapung dan terbang melayang2 mengikut pergerakan angin. Mereka terbang melayang selama 10-15 minit sebelum mendarat ditempat yang telah ditetapkan iaitu di lereng Gunung Mas. Disebabkan terlalu ramai yang ingin menyertai paralayang ini maka sebaik sahaja paralayang di hadapan melayang, paralayang yang menunggu pulak bergerak dan begitulah seterusnya, satu demi satu terbang melayang. Pada satu masa kelihatan 4-5 paralayang berada melayang . Dan dalam masa yang sama sebuah kenderaan datang membawa paracut paralayang yang telah selesai digunakan untuk digunakan semula oleh peserta yang sedang menunggu giliran. Kami dapat menyaksikan dari landasan pacu akan keindahan alam di bawah sana yang dipenuhi oleh ladang teh.
Dihadapan peserta paralayang, manakala yang di belakang adalah jurupandunya.
Landing spot di lereng Gunung Mas.
Bayaran untuk menyertai paralayang sememangnya mahal:
seorang peserta: Rp 300,00
Group 5 orang: Rp 275,000 seorang
Group lebih 5 orang: Rp 250 seorang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan