15 mei 2013 jam 8.00 makan malam di Restoran Gurih 7 di Jalan Pajajaran, no 102, Bogor. Gurih 7 adalah sebuah restoran yang terkenal dengan gaya Sundanya. Sebaik sahaja masuk ke dalam restoran saya terasa pelik kerana kerusi meja yang ada kosong dan suasana lengang, tiba2 kami dihampiri oleh seorang staf restoran meminta kami mengambil tempat di bahagian bawah. Kami di bawa melalui sebuah jambatan kayu, seterusnya menuruni tangga, tiba2 kami nampak sebuah restoran yang besar yang mempunyai tatahias daripada buluh, seolah2 terapong di dalam air. Kami terus dipandu melintasi tali air dengan memijak batu2 besar yang disusun, seterusnya kami mengambil satu anjung sebagai tempat makan kami. Di sini cara makan adalah bersila dan makanan dihidangkan di atas meja berkaki rendah. Anjung tempat kami duduk ini menganjur ke dalam air seolah2 seperti pelantar, suasana kedesaan amat terasa, tambahan pula terdapat air terjun buatan menjadikan suasana nyaman dan santai.
Imam Baweh, Soriah, Lina, Aziz, Hj Hanafi, Dato; Mansur dan Pak Haris
Duduk bersila di sebuah anjung Gurih7
Nasi Timbel masakan Sunda: Nasi panas dalam gulungan daun pisang, ayam bakar, tempe goreng, tauhu goreng, ulam2an.
Set Nasi Timbel juga termasuk sayur asam dan sambal. Makan dengan tangan, air basuh tangan disediakan. Minman teh o panas diberi secara percuma.
Makan Malam kami kali ini adalah masakan Sunda yang dinamakan sebagai Nasi Timbel. Nasi Timbel terdiri daripada nasi panas yang dibungkus/ digulung dalam daun pisang, tempe goreng, tahu goreng, ayam bakar, ulam2an, sambal dan sayur asam. Minuman wajib dan percuma di kebanyakan restoran di Bogor ialah teh o panas.