Selasa, 28 Mei 2013

Makan Malam di Restoran Ayam Bakar Pak Karim, Rancamaya

13 Mei 2013 makan malam di Restoran Ayam Bakar Pak Karim:
Restoran Ayam Bakar Pak Karim terletak di alamat Jalan Ciawi  No 1, Bogor dan no tel: (0251) 8243278. Restoran yang bertaraf sederhana ini mudah ditemui kerana kedudukannya betul2 di hadapan pintu masuk ke Rancamaya Golf and Country Club. Rekabentuk restoran ini berkonsepkan jati diri tempatan dengan hiasan dan pembuatan daripada buluh dan kayu, sesuai bukan sahaja untuk menikmati makanan tetapi juga sesuai untuk berehat setelah berjalan jauh dan terperangkap dalam kesesakan jalanraya. Keadaan restoran ini bersih dan ada kemudahan tandas yang juga bersih. Kami sampai di restoran ini pada pukul 22.00, agak lewat kerana terperangkap dalam kesesakan lalulintas, dari Soekarna Hatta International Airport Jakarta mengambil masa 4 jam, pada hal dalam keadaan biasa lebih kurang 2 jam sahaja, memang kami teramatlah lapar. Restoran Ayam Bakar Pak Karim menyediakan pelbagai makanan ala Sunda, jadi kami memesan ayam bakar , ikan garumi goreng, taugeh goreng ikan asin, kangkung terasi dan nasi untuk 6 orang, minuman pula merupakan teh panas kosong (percuma). Makanan di sini sememangnya lazat, memenuhi cita rasa kami semua. Pemilik resto ini memberitahu restonya juga ada perkhidmatan menghantar makanan yang dipesan ke tempat penginapan kami di Rancamaya Villa, lantas beliau menghulurkan kad bisnesnya kepada saya. Saya tidak merakamkan gambar restoran ini kerana terlupa, tetapi saya pinjam gambar2 tentang Resto ini dari pemilik blog yang pernah berkunjung ke resto ini.


 



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan